Total Pageviews

Wednesday, 18 June 2014

Sahabat

Sekarang ni dekat Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam pada 180062014 1828
Atas kerusi roomate, Taj Mahal.
Depan laptop yang bersambungkan wayar LAN.
Melihat keindahan ciptaan Allah dari bilik,


Beza kehidupan kat sini,
serius tak tipu, takda siapa kesah pasal hidup kau, kau tak nak sembahyang? suka hati kau. Kau nak freehair? Takda siapa kesah. Kau nak ponteng kelas? Takda siapa endah. Kau nak pakai sexy? Rezeki lah......

Tapi,

Semua tu boleh kita elak, kalau kita dah tetapkan iman kita dan tetapkan minda kita yang kat mana pun kita pergi,
"Allah sentiasa perhati kita"

Memang bukan mudah nak dapatkan sampai tahap tu, sebabtu lah kita kena ada sahabat,
Orang selalu kata,
Kawan biar beribu, musuh biar satu

yang beribu tu kawan, yang sahabat tu sukar yang carik tu.

Konsep dia macam ni lah, kau boleh berkawan dengan semua orang, boleh bergaul dengan segala jenis manusia kat muka bumi Allah ni, boleh bergurau dengan membe, tapi tak semua kawan kita kesah pasal kita kat akhirat kelak.

Sebbtu orang selalu cakap, sahabat ni susah nak cari,
sebab sahabat akan bantu kita bukan je kat dunia ni, tapi akan bantu selamat kan kita kat akhirat kelak.

Bukan nak cakap apa, mula-mula mmg sedikit terkejut lah bila aku tak dengar azan pun dari bilik aku, aku tak tahu satu apa pun aktiviti keagaamaan kat sini, even malam Nifsu Syaaban pun takda bacaan Yassin yang buat padahal dah terang terang malam Jumaat. Hari Jumaat pun, kalau laki nak ponteng solat Jumaat kemain senang, sebab dorang kena daki tangga setinggi batu caves tu. Setiap kali waktu solat pulak, perempuan mmg tak kan ada jemaah wanita kecuali kalau ada senior suruh tapi dengan keadaan surau yang kecil mmg agak membataskan sedikit untuk kami berjemaah. Kalau dulu, setiap waktu kau boleh sembahyang jemaah tapi kau dok lewat lewat kan? Kat sini, seminggu sekali nak dapat solat jemaah pun susah. Betapa bezanya kehidupan University lifestyle ni.Sebbtulah kalau tak kuat iman, memang ramai terbabas dari jalan yang benar ni.

Sebabtu, kat sini, kita perukan jugak orang untuk membimbing kita, manusia ni kan mudah lupa, mudah terpedaya, mudah leka. Sebabtu kena cari sahabat. Kalau ada masalah boleh lah share, takda kita nak salahkan takdir dan ketentuan. Act, sebenarnya nak cakap, rindu nk sekolah. Rindu nak rasa balik suasana dikawal dan dipantau. Kat sini bebas sangat. Sangat sangat sangat. haish, tak tahu nak suarakan macam mana dan apa yang tengah rasa sekarang ni. Maybe masih terkejut kot dengan keadaan kat sini. So kena banyakkan berdoa supaya aku sentiasa di jalan yang lurus kat sini.


Aku pun masih mencari, sahabat yang sukar dimiliki.

Tapi,
Alhamdulillah kat sini aku dapat housemate yang baik, yang tak tinggal solat dan roomate yang selalu share cerita pengajaran kat aku.Itu yang paling kena bersyukur, sebab dorang nilah orang yang paling hampir dengan aku, yang akan pantau aku yang akan seniasa bersama aku. Doakan lah kami supaya kami menjadi muslimah yang baik dan pelajar yang cemerlang.


Updated about Palam........

No comments:

Post a Comment