Total Pageviews

Monday 17 March 2014

Rojak Omputeh

DAY 10

Day 1
trending worldwide hashtag MH370,
kecoh berita surat khabar radio majalah serta mulut mulut persatuan mak cik kiah sebelah rumah. Ehem
Segala spekulasi terbuku di hati,
Tetapi sebenarnya setiap doa menanti pulang dengan harapan.

Sebak......
*lap air mati*

Day 5
New trending detacted.
BOMOH
isu agama dibuat main
semua mengamuk maki hamun terutamanya,
Umat Islam, orang Melayu, Chindian dan Chinyu. Eh

Tapi,
Yang kecewanya, kenapa kita pun join perlekehkan benda ni? *cermin depan mata*
takboleh buat apa dah, parody kemain banyak
satu dunihaa tengok kat youtube...
salah siapa? ada dada? tepuk dada, tanya. kita tergolongan ke idok?
*sentap*

bak kata mak mak datin,
terlajaak perahu boleh berundur, terlajak parody takboleh disembunyi.Eh
*maaf, peribahasa ini telah dibuah suai mengikut arus pembangunan*

Day 6
Kecoh pulak pasal soal hajat yang nak buat kat KLIA tu,
"nak buat benda baik kena soal dengan polis, apa bendanya ni?"
emmmmmmmmmmmmmmm,
pasal ni no comment.
Mungkin ada sebab yang munasabah, mungkin dorang perlu jaga keselamatan umat islam yang nak sembahyang tu,
Husnuzon.

kenyit mata sebelah

Day 10
Berita pasal MH370 masih belum selesai,
tapi kekuatan kita tidak putus
kita masih bersujud masih meminta kepada Allah
kita masih terus meminta pada Allah
kita masih terus merasakan diri kita begitu kerdil di sisi Allah
tidakkah di sebalik segala kesedihan itu, terdapat kebaikan yang perlu disingkap?
bukan kah itu menguatkan kita kepadaNya? Jadi, sila bersyukur sekarang.
*sebak, air mata mencurah curah*
Sebenarnya, inilah kekuatan kita.....

Dan mohonlah pertolongan(kepada Allah)
Dengan sabar dan solat, dan itu (solat)
Sungguh berat, kecuali bagi orang-orang
Yang khusyuk

Al-Baqarah ayat 45

jap jap, sekali lagi entry kali ni macam takda kena mengena dengan tajuk.
menggelabah scroll atas carik tajuk. tahu sangat dah.... hew hew*

so, haaa huuuu eiiii
emmmm, apa kena mengena dengan rojak --'
*dalam hati berbisik sambil garu garu kepala*


Act nyaa semua orang tengah counting days untuk result SPM. Perasaan sekarang ni bercampur baur.
sama macam rojak,
ada nenas yang masam
ada mangga yang manis
ada timun yang ranggup
ada sengkuang yang tawar
ada cili yang pedas
dicampur dengan kuah kacang cik jah depan rumah.


siapa kata tak cuak nak ambik result? fuhh lagi tiga hari nak ambik result.
dalam cuak cuak pun tak sabar nak pergi sekolah balik,
tak sabar nak jumpe kawan kwan
tak sabar nak bahan dewan yang dah ber-tiles lepas kitaorg keluar. Ehem hahhaha
TAPI, even cuak nak ambik result aku tak pernah lupakan pasal MH370 ni. Banyak sangt kemushkilan yang ada.
Biarlah Allah sahaja yang tahu buat masa ini.

apa-apa pun last word kat sini,

Sesungguhnya hajat, impian cita-cita yang diimpikan
adalah doa yang panjang dan berterusan
yang dipanjatkan padaNya


Doakan keputusan batch 1996, semoga kami berada dalam golongan orang yang berjaya.
aamiin ya rabbal alamiin







Wednesday 12 March 2014

Malaysia Hari Ini Versi Blog

Mengambil kesempatan dalam kesempitan

Satu dunia tengah kecoh pasal MH370, termasuk persatuan bibik bibik Indonesia, warga buruh Nepal, pak guard Bangla dan lain lain kewarganegaraan kat Malaysia ni. EH?

Hal ini melibatkan banyak negara,
Jadi,
apa
status
Malaysia
sekarang?
emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm,


sudah tiba masanya semua orang buka mata, dan melihat dengan mata hati.
kenapa.
Allah datangkan musibah pada Malaysia yang terkenal dengan status negara Islam yang aman.

FLASHBACK


Mula-mula kecoh pasal Lahad Datu. emmmm lama sangat nak flash back tu. so pergi yang hampir sikit... Tahun 2014.
Tahun 2014 ni tahun visit Malaysia tapi banyak benda dah jadi even baru bulan 3 *gosh dah bulan tiga dah! Result SPM wei!* okay, maaf. Back to the topic, start dengan masalah politik, pembangkang menang lah apa lah, sampai tercetus hal takda air kat selangor. *aku duduk selangor jugak =='*
takda air ni ada kaitan jugak dgn krisis kemarau, maksudnya hujan tak turun, maksudnya Allah dah lama tak turunkan rahmat kat Malaysia, maksudnya maksudnya maksudnya maksudnya maksudnyaaaaaaaaaa.........................
bukan kah itu juga satu ujian dari Allah untuk Malaysia?

terkini, ujian MH370. persoalan demi persoalan yang terlintas di fikiran rakyat sekarang ini.
ke mana hilang nya pesawat tu, bagaimana hilang, apakah keadaan kalian.
semua masih menjadi persoalan, masih binggung masih tertunggu masih menharap tapi disebalik semua ini mungkin terdapat 1001 hikmah kerana hanya Allah SWT Mengetahui apakah kesudahan dan pengakhiran disebalik semua kejadian ini............
TAPI

cuba scroll atas balik, carik subtopik post ni.
masih ada golongan yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.
ada yang masih ingin popular dengan menjadi vise versa dari org lain, so that semua perasan kehadiran golongan ini.

contohnya
semua orang sedih dengan kejadian pesawat MH370 tiba tiba ada seorang ni dok marah marah sbb asyik trending hashtag MH370 ni, dah tak pasal pasal semua org tweet pasal dia. Sempat lah femes lima minit even tak trending pun kan tapi biarlah, puaskanlah nafsu golongan orang macamni kerana mungkin ini adalah mainan gelak ketawa bagi mereka.

Itu kira boleh dipertimbangkan lagi, tapi hal yang menipu tu......emmmmmmmm.......

lihat renung baca, lepastu mesti sentap kan?kan? haha

sudahlah, tak baik bash org kan. so lets proceed!
mungkin, hikmah kehilangan yang dapat kita lihat sekarang,
betapa besatunya rakyat mendoakan pesawat ni.
betapa dekatnya umat Islam dgn Allah setelah kejadian ini.
betapa pentingnya doa dalam kehidupan.
betapa pentingnya bertawakal atas segala satu kejadian.

Jadi, apa kesimpulannya sekarang, jadilah matang sikit dengan perkara macam ni, cukuplah krisis yang terjadi menjadikan status Malaysia kurang baik. Jika terus macam rakyat Malaysia, bila lah anak Melayu nak maju.
Jangan lah persendakan apa yang telah tercatat di Luh Mahfuz. Teruskanlah berdoa, teruskanlah usaha teruskanlah ikhtiar dan teruskanlah tawakal. Semoga Allah memakbulkan apa yang terbuku di lubuk kecil hati kita.
Last,
#PrayForMH370 #DoaUntukMH370
because the power of Duas has no limits.


Jika di langit, turunkanlah ya Rab,
Jika di laut, timbulkanlah ya Rahman,
Jika di daratan, tunjukkanlah ya Rahim.

aamiin ya rabbal aa lamiin