Total Pageviews

Thursday, 10 July 2014

Bulan Ganjaran



Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke 13
sesi kedua bagi Ramdahan pada tahun ini :)

Ramadhan kali ini okay laa sebab tahun pertama dekat University and sambut Ramadhan dengan kawan kawan baru,

Mula-mula sedikit awkward kerana jadual sebenarnya agak pack untuk bulan puasa ni dan tidak ada sekelumit belas kasihan pun kepada kami untuk rehat mahupun bersenang lenang sikit di bulan ni *nanges*, nak buat macam mana dah nasib badan. Siapa suruhkau amik asasi, ini laa padahnyaaaa.

Kalau dulu, bangun pagi sahur kat DM (dengan mata tertutup dan seluar mickey mouse atau seluar bungabunga) lepastu boleh naik balik sambung tido sambil tunggu turn  mandi atau turn iron baju sekolah. Lepas siap semua benda boleh siap siap pergi surau, dan baca Al-Quran (sebab aim nak khatam masa Ramadhan).

Tapi sekarang, bangun bangun pagi dah pukul 6. Melepas sahur~ lepas bangun subuh, solat lipat lipat telekung dah sibuk bukak buka *assignment belambak tak siap* paling tak pun, sibuk carik selimut nak selubung badan sebab mengantuk tak cukup tido. Sebab apa jadi macam ni? Sebab takda semangat daa nak turun surau, takda effort dah semua nak khatam quran *tunduk*

suruau bahagian belakang (wing kiri port aku)
Kalau dulu, waktu rehat semua orang pusu pusu ajak solat dhuha kat surau sesama, nanti lepas dhuha semua serbu dinding sebab dekat wing kiri surau ada satu dinding ni ada tampal doa solat sunat dhuha (tak tahu wujud lagi ke tak sekarang) lepastu semua berpusu ambik quran baca..... Ya Allah rindunyaaa. s e b a k

Tapi sekarang, susah nak cari waktu terluang untuk carik waktu untuk buat semua tu. sebab gap kelas semua sibuk revise untuk next subjek. surau pulak nuuunnnnnn jauhke sana woi. hahahahhaha kay nampak tak aku try bagi alasan? kayy tahu obpius.



Kalau dulu, waktu zuhur waktu habis kelas semua berpusu solat jemaah kat surau. Lepastu baca quran jap (mesti baca even satu page sebab semua orang sekeliling kau baca Quran) mesti kau rasa macam aaaa aaaaammmmm baca ah kejap. memang mula-mula kau buat sebab tiru orang, tapi nanti kau akan dapat rasa ketenangan bila baca Quran~ haa sentap kan? hahah tapi lepas solat tu semua berlimpangan tido~ itu paling nikmat :D (F)

Tapi sekarang, waktu zuhur solat jee yang sempat buat sebab gap kelas pendek. tapi tapi... alhamdulillah ada jugak selalu jemaah wanita buat jemaah so that ada laa jugak rasa nikmat hidup berkomuniti ni kaann :)

Palam FTW (F)

so sampai sini dulu perjalanan ramadhan.
nanti yang part bawah bawah sambung next post inshaaAllah.

video kat atas tu nak kita sedar yang,

sebenarnya kita sangat beruntung sebab segala cerita dari atas takda sikit pun pasal bom ke meriam ke apa kan? Banding kan diri kita dengan rakyat di PAlestin tuu.
Bagaimana dorang hadapi Ramadhan al- Mubarak, dan macam mana agaknya dorang punya perubahan dulu dan sekarang punya ramadhan kan? s e b a k.......