Total Pageviews

Wednesday 28 May 2014

Terlepas Suatu Peluang



Sila play video untuk turn on the MOOD ;)
Assalamualaikum~~

Baca tajuk post kali ni berulang kali.

Bukan nak buat mood sedih atau happy atau meratap atau kecewa tapi sebenarnya nak suarakan suatu kekesalan pada diri. Peritnya rasa kehilangan, kesalnya dengan keadaan diri.
*tunduk*

percayalah wahai hati :)

Bulan lima bukan nak kata apa lah, bulan yang penuh berharap, bulan yang penuh berusaha, bulan yang menentu segala masa depan aku.

hahahahaha asal macam serius sangat aku ni =='

Sebenarnya, ada dua benda yang nak sangat aku capai dalam bulan ni.

PERTAMA:
Lulus Lesen
(memandangkan dah banyak jam aku belajar sampai naik segan semua kat tempat lesen tu dah kenal aku sebab tak pandai pandai bawak kereta)

KEDUA:
Dapat Biasiswa MARA
                                                                            (sebab ni je satu satunya cara aku dapat belajar secara                                                                             percuma lagi gratis)

Haa pentingkan dua benda tu?!! Ini pasal masa depan bro, kalau gua takde lesen macam mana nak bawak ma gua kalau sakit pergi hospital? (yang positifnya) even ada banyak benda negatif lain yang aku rasa yang aku lebih cenderung nak buat lepas dapat lesen. hew hew *garugaru kepala* .

Pasal MARA ni pulak, bila lagi lah nak rasa naik belon pergi obersea kalau takdapat biasiswa ni kan, kalau aku kaya senang lee. Teringin gilaa lahai nak pergi UK ke US ke. Paling teringin pergi Venice. Cantik dia yaaa ampunnnnn memang senang citer speechless lah bila tengok. Tak percaya? Tak? Tak? *lihat bawah*

ini namanya makhluk Tuhan paling sexy. hahaha

 So macam kebiasaan hamba Allah yang lain, kalau nak kan sesuatu barulah nak doa sungguh sungguh, baru nak ingat Tuhan barulah tahu waktu mustajab doa, barulah terkedek kedek hafal niat solat dhuha.
okay okay maaf kerana keterlaluan --'
(susun 10 jari macam nak sambut awi waya tuu~)

Tapi, malangnya kedua dua impian lagi imaginasi aku *cara sebut macam Spongebob* tidak dapat menjadi kenyataan dan tidak dapat digapai, Bunyi macam cerita sedih kan? hahah sebenarnya bukan sedih yang nak dicerita kat sini, Tapi suara kekesalan yang aku rasa ni :(


Kesal dengan diri sendiri sebab tak dapat istiqamah apa yang dah buat kat Sabda dulu,
Kesal sebab susah nak dapat kemanisan solat sunat,
Kesal sebab susah nak dapat keikhlasan baca Quran,
Kesal sebab susah nak dapat kesungguhan dalam berdoa.

Ya, mungkin aku dah sedikit lupa diri.
Leka dengan nikmat yang Allah kasi, sebabtu lah apa yang aku nak dan aku harap bulan ni tak dapat.
Betul kata orang, 
manusia mudah lupa
lupa bila diberi nikmat yang mencurah

Okay, mungkin ni boleh jadi peringatan kecil untuk siapa yang dah mula rasa macam aku rasa, tak semestinya berubah tu terus kepada sesuatu yang drastik, tapi dalam diri kita macam dapat rasa sesuatu bila kita tak dapat apa yang kita nak dan kenapa agaknya Allah lencongkan sedikit hal itu kepada kita. Buka mata kita supaya tidak menjadi kekesalan yang melampau yang menyelubungi diri. 

Bapaklah ayat Cha! hahaha *lap peluh sebab macam tak percaya aku taip tu, FUUHH~*

Peringatan terakhir, tolong lah tekan minyak banyak sikit kalau nak lepas bukit time jpj, confirm tak terundur ke belakang seperti aku. hahahaha okay cajos. Terima kasih diucapkan kepada Shahizan Azmi kerana video di atas yang telah diperkenalkan kepada aku secara tidak langsung. Boleh lee tenangkan kepala kusut tu.

masa Ilmu Studio dulu pun rasa macam dah masuk U dah :D

Salam masuk alam Univeristy dari Ayshah!

Semoga dapat menjadi orang yang lebih baik disana dan dan dan dpat istiqamah kan balik segalanya yang pernah aku buat kat Sabda dulu.
aamiin ya rabbal aalamiin 






No comments:

Post a Comment