Total Pageviews

Friday 4 April 2014

Selangkah ke dunia baru


BARU.
NEW.

Macam mana nak cakap ek.
emmmmm *kuis kuis kaki kat tanah*

Lepas result SPM keluar, semua orang kelam kabut nak apply scholarship, pilih U, pilih course, pilih laptop baru, pilih jam, pilih rumah, pilih calon suami........
k tak main main jep yang last tu. haha

Act semua benda ni sangat lah tak familiar untuk dak dak buta IT macam ai ni *kesat airmata*
Semuanya baru, semuanya nak new. Semuanya memerlukan langkah ke hadapan.
Dalam mengatur semua ni, cukup bersediakah aku?
Dah bersedia ke iman senipis kulit bawang ni nak menghadapi dunia luar tanpa pantauan, peraturan dan penuh dengan hiburan tu?

Ya Allah, cepatnya masa berlalu, takutnya aku nak melangkah ke dunia baru tu.
Kuatkanlah iman ku Ya Allah, berikan lah kawan kawan yang baik buatku Ya Rab, bantulah aku untuk membuat keputusan terbaik bagi masa depanku Ya Rahman.
*tunduk*

kadang kadang benda ini bagus, macam bila dah masuk dunia baru ni boleh dah dapat kawan baru, tenaga pengajar baru, secara automatika nya dapat lah tambah kenalan~ *jadi lah famaous seperti anna khayalan atau megat AD sikit kan bila masuk U ni hek hek* itu bagusnya. Mesti kita pun kena jadi lebih matang kan, kenalah berubah mengkut persekitaran. Masalahnya, persekitaran kita tu baik ke idok?

Basically people will judge you by outside looks especially by judging your friends, because they are the best reflection of yourself.
ayshah sariff

Bukan nk kata apa, tapi dah memang tabiat semua orang nak judge orang kan. Tak semua orang kenal kita, jadi paling mudah lagi simple nak kenal kita dari kawan kita lah, kalau kita kawan dengan orang baik, paling tak pun ada lah sekelumit benda baik orang akan fikir tentang. Even benda yg dorg fikir tu hanya 0.00289% tapi still tu benda baik kan. Kalau kita kawan dengan orang yg nakal, takpasal pasal kita sekali kena cop nakal.

CONTOH

*kau kenal Kiah yang sexy tu? Alah yang selalu pakai baju tak berlengan tu, dia selalu keluar malammalam! Emm, dia tu senang cerita kawan baik dengan Ayshah sebelah rumah makcik jual aiskrim Malaysia tu!*
eh eh amboii tak pasal pasal nama kita pun up sekali kan.
Bukan nak kata jangan kawan dengan orang takbaik, tapi orang cerminkan kita menggunakan kawan kita. Lagipun kita ni mudah terpengaruh, nak nak pulak benda jahat, haish kemain senang.

Sebabtu, lebih baik carik kawan yang ikhlas kawan dengan kita sbb diri kita, jadi dorang boleh protect kita sayang kita dan yang paling penting, boleh mendoakan kita bila kita tiada nanti.
*background muzik sedih*


Jadi, lepasni kalau kita nak berdoa, jangan lah asyik mendoakan kejayaan kita sorang je. Ingatlah orang tepi kiri kanan atas bawah dalam mall luar mall sebelah rumah semua. Bukan susah pun nak berdoa, tadah tangan ikhlaskan hati dan doa dengan sepenuh jiwa.

Kenapa benda ni penting?

kalau takda kawan kita harini, mungkin kita takkan jadi diri kita yang sekarang, sebab sebenarnya separuh daripada apa apa keputusan yang kita ambil, kita fikir kawan dulu.

Semoga dunia baru aku lepasni menjadi lebih baik dan dapat kawan macam yang sekarang, yang boleh tarbiah aku yang boleh nasihat kan aku dan boleh mendoakan aku bila aku takda nanti.


Ya Allah,
Kau luruskanlah dan mudahkanlah jalan ku selepas ini.
ih di nos' si ra tol mustaqim
guide us on the straight path
al fatihah ayat 6

Sesungguhnya Kau Maha mengetahui apa yang terbaik buatku.
*senyum*

No comments:

Post a Comment